Friday 31 July 2015

Sambutan Aidilfitri 2015

 

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat SK Padang Tembak 2
Jumaat 31 Julai 2015 
bersamaam 15 Syawal 1436H


Gambar-gambar yang sempat dirakam ketika Sambutan Hari Raya peringkat sekolah . Majlis dimulakan selepas waktu rehat di Dewan Sri Tembak , SKPT2.

1 Arif

2 Arif

3 Arif

4 Arif

 5 Arif

6 Arif

bersama program RIMUP



 Nyanyian lagu hari raya oleh murid- murid Tahun 4 di bwah bimbingan Pn Zuhasnani 

 Persembahan tarian dibawah bimbingan Pn. Mastura 






Terima kasih para guru dan ibubapa yang sudi menyumbangkan makanan untuk majlis tersebut . Antara juadah yang disediakan ialah lemang , nasi impit , sate , bihun dan mee goreng , laksa serta pelbagai jenis kuih muih dan minuman .





 
Sumbangan duit raya oleh Encik Yahya , Pengusaha kantin sekolah .


Sumbangan wang zakat kepada pelajar- pelajar yang terpilih .


Monday 20 July 2015

Majlis Khatam Al-Quran 2015


Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Bulan Ihya' Ramadan
Selasa 14 Julai 2015 / 27 ramadan 1436H
Dewan Sri Tembak SK Padang Tembak 2



 Pelajar-pelajar Khatam Al-Quran dan guru-guru berarak masuk ke dewan .

 Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran





 Penyampaian cenderahati kepada pelajar-pelajar yang berjaya khatam Al-Quran bagi tahun 2015







Majlis diakhiri dengan penyampaian duit raya kepada semua pelajar dan bersalam - salaman sempena Aidilfitri .

Wednesday 1 July 2015

ANUGERAH CEMERLANG MINI

 Majlis Anugerah Cemerlang Mini ( Semester Pertama )
Isnin 29 Jun 2015
Dewan Sri Tembak , SK Padang Tembak 2

Sebagai penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun .

 Penyampaian hadiah oleh Guru Besar , Puan Normila binti Musa


TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG BERJAYA


Sunday 5 April 2015

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42



Gambar-gambar sekitar Mesyuarat Agung PIBG kali ke 42 
SK Padang Tembak 2


Pendaftaran ibubapa


Ketibaan YB Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari
Ahli Parlimen Setiawangsa



 

Bacaan doa , ucapan Guru Besar dan ucapan YDP Pengerusi PIBG 

Ucapan perasmian oleh YB Dato'Ahmad Fauzi bin Zahari


Penyampaian saguhati kepada pelajar-pelajar cemerlang UPSR 2014 SKPT2

Penyampaian hadiah cabutan bertuah


Mesyuarat bermula

Pertandingan mewarna dan melukis poster





Sunday 15 February 2015

Program i-Think / KBAT






Program i-Think merupakan program yang bertujuan mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Dapatan melalui kajian keperluan (needs analysis) menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skill – HOTS) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah. Sehubungan itu, Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri yang telah dipertanggungjawabkan memacu inovasi negara, bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merealisasikan impian tersebut. 




Bagaimana Program i-Think dilaksanakan ?

1. Kursus i-Think kepada Pemandu Sekolah dan Guru.

2. Pelaksanaan Rintis Program i-Think (6 SR dan 4 SM) dibandar dan luar bandar
    pada tahun 2012.

3. Pelaksanaan Penuh Program i-Think di semua sekolah secara 
    berperingkat-peringkat pada tahun 2013.

Pihak AIM telah melantik perunding Kestrel Education (UK) untuk mengendalikan kursus bagi program i-Think. Antara alat berfikir yang akan diperkenalkan termasuklah thinking mapshabits of mindthinking hats, dan Q-matrix charts




Apakah yang diharapkan dari Program i-Think?

· Dengan menggunakan alat berfikir (thinking tools), murid lebih fokus, berkeyakinan
   dan aktif di dalam kelas.

· Aktiviti banyak berpusatkan murid.

· Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pembelajaran 
   dan pengajaran.

· Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan 
  sebagai fasilitator.




KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI ( KBAT )










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...